Monday 13 February 2017

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK BERSAMA SMKTSJA

Oleh: Fahmi Imran, Luqman (Tingkatan 3)

بسم الله الرحمن الحيم
السلام عليكم




Pada 9 Februari 2017 (Khamis), kami bergerak ke Padang SK Gembut pada jam 5.00 petang. Kami disambut oleh pasukan SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR. Taklimat diberikan oleh jurulatih MTI, Ustaz Ayub sebelum perlawanan bermula. Setelah itu, pengadil mengarahkan para pemain untuk masuk ke padang. 

Perlawanan bola sepak dimulakan pada pukul 5.27 petang. Pasukan MTI bermain berhabis-habisan untuk mendapatkan jaringan pada separuh masa yang pertama. Pada minit ke-19, pasukan MTI telah mendapat sepakan penalti yang diambil oleh Syahmi Akmal tetapi malangnya sepakan itu berjaya dihalang oleh penjaga gol pihak lawan.

Selepas selesainya separuh masa yang pertama, kami ditegur oleh jurulatih agar memperbaiki corak permainan pada separuh masa kedua. Setelah mendapat teguran tersebut, kami sepasukan berjaya mendapatkan jaringan pada minit ke-46 yang dijaringkan oleh Haziq, pelajar Tingkatan 2. Untuk berada di kedudukan yang selamat, kami cuba mencari jaringan yang kedua.

Jaringan kedua berjaya dilakukan oleh Syahmi Akmal , pelajar Tingkatan 5 pada minit ke-52 untuk menebus kesilapan yang dilakukannya pada minit ke-19. Serangan hebat yang dilakukan oleh pihak lawan menggerunkan pasukan kami tetapi dapat dipatahkan oleh barisan pertahanan kami.

Selepas penat bermain selama sejam, tiupan wisel pengadil pun berbunyi menandakan tamatnya perlawanan tersebut. Kami pulang dengan kemenangan 2-0 . Alhamdulillah.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment