Friday 10 March 2017

MERAIKAN PELAJAR-PELAJAR HAFAZAN TERBANYAK

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Pada 9 Mac 2017 (Khamis), para pelajar diminta berkumpul di surau Maahad Tahfiz Al-Iman pada jam 8.00 pagi. 10 orang pelajar dengan hafazan terbanyak telah dijemput untuk duduk bersama-sama barisan ustaz.

Pengerusi majlis, Ustaz Imran selaku guru tahfiz telah menjemput mudir, Ustaz Kamarudin untuk memberikan sepatah dua kata kepada pelajar. Pelajar-pelajar telah diingatkan bahawa tujuan utama datang belajar di sini adalah untuk menimba ilmu terutama sekali pendidikan tahfiz. Mudir juga mengumumkan bahawa 10 orang pelajar tersebut akan menghadiri jamuan makan di KFC pada sebelah petang nanti. Hal ini untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar lain untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu. Mudir juga telah menasihati pelajar-pelajar agar menjaga kebersihan diri dan asrama serta persekitaran Maahad Tahfiz Al-Iman.

Majlis diteruskan dengan ucapan ringkas dari Ustaz Imran. Ustaz Imran memberikan penekanan dalam pentingnya menghafaz Al-Quran untuk menjadi orang yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Majlis tamat pada 9.00 pagi. Para pelajar dikehendaki menghafaz Al-Quran sehingga waktu rehat pada 9.30 pagi. Manakala 10 orang pelajar iaitu Muhammad Yunus (Tingkatan 5), Muhammad Hafiz (Tingkatan 4), Muhammad Syukry (Tingkatan 4), Luqmanul Hakim (Tingkatan 3), Fahmi Imran (Tingkatan 3), Muhammad Syahid (Tingkatan 3), Muhammad Nor Iman (Tingkatan 2), Daniel Haikal (Tingkatan 2), Abu Sufian (Tingkatan 1) dan Adam (Tingkatan 1) telah dijemput untuk bergambar bersama barisan ustaz.

Jazakumullahu khairan kathiran.




No comments:

Post a Comment