Wednesday 29 March 2017

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI JABATAN PENYIARAN KAWASAN SELATAN, JOHOR BAHRU

Oleh: Alfaiz, Adam dan Zarrief (Tingkatan 1, MTI)

Pada 28 Mac 2017 (Selasa), para pelajar Maahad Tahfiz Al-Iman telah menyertai lawatan sambil belajar di Jabatan Penyiaran Kawasan Selatan, Johor Bahru dengan diiringi oleh 7 orang guru. Objektif utama lawatan ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang dunia kewartawanan.

Kami telah berkumpul mengikut kumpulan masing-masing di hadapan Pejabat Maahad Tahfiz Al-Iman pada jam 7.00 pagi. Mudir Maahad Tahfiz Al-Iman, Ustaz Kamarudin telah memberikan sedikit taklimat tentang program yang akan dijalankan. Pada jam 7.20 pagi, kami telah memulakan perjalanan ke RTM Johor dengan menaiki bas. 

Pada jam 9.15 pagi, kami telah tiba di perkarangan bangunan RTM Johor. Kami telah dijemput oleh pihak RTM Johor untuk bersarapan pagi di kafeteria. 




Setelah kami selesai bersarapan, En Hisyam telah membawa kami ke Dewan Auditorium. Di sini, DJ Azura telah memberikan sedikit ucapan aluan kepada pihak Maahad Tahfiz Al-Iman. Selepas itu, DJ Azura telah membahagikan para pelajar kepada dua kumpulan. Hal ini kerana bilik konti terhad untuk 30 orang sahaja. 




Kumpulan Pertama telah dibawa melawat ke konti di mana DJ Cik Ros sedang bertugas. Para pelajar telah diberikan sedikit penerangan tentang peralatan yang digunakan oleh DJ untuk bersiaran secara langsung melalui radio. Ustaz Faizan, Ustaz Imran dan Saudara Syahid (pelajar Tingkatan 3) telah diberi peluang untuk mencuba menjadi DJ selama 10 minit.

Selepas itu, DJ Nurul telah membawa Kumpulan Pertama kembali ke Dewan Auditorium untuk memberi laluan kepada Kumpulan Kedua untuk melawat konti DJ. Saudara Joze, Saudara Faisal dan Saudara Wa'iel (Tingkatan 5) telah dijemput untuk bersiaran secara langsung ke udara selama 5 minit. 





Kemudian, semua pelajar telah berkumpul di Dewan Auditorium untuk sesi soal jawab bersama DJ Nurul. Pelbagai soalan telah dilontarkan oleh pelajar-pelajar. Antaranya, berapa gaji seorang DJ, bilakah RTM ditubuhkan, berapa jumlah staf di RTM Johor, apakah kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang DJ, apakah cabaran yang dihadapi oleh seorang wartawan, dan sebagainya. DJ Nurul telah menjawab dengan ramah mesra.









Pada  jam 12 tengah hari, kami telah meminta izin mengundur diri bagi mengejar masa untuk bergerak ke Jabatan Laut Wilayah Selatan. Di kesempatan itu, pihak Maahad Tahfiz Al-Iman telah memberi cenderahati kepada pihak RTM Johor. Jutaan terima kasih kepada pihak RTM Johor, terutama sekali DJ Nurul, DJ Azura, Saudari Mia, DJ Cik Ros, En. Hisyam dan staf-staf bahagian teknikal. 






Friday 10 March 2017

TARGETS IN MY LIFE


10 WAYS TO PREPARE FOR EXAMINATION

Prepared by: Syahrul, Haziq, Iskandar (Form 2, MTI)


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

On March 12 until March 15, 2017, Maahad Tahfiz Al-Iman has conducted examination week to evaluate the performance of students in terms of tahfiz and academic education.  Therefore, we would like to share some tips to prepare for examination.

1-   Pray - We should always pray to Allah Taala to give us His Mercy. In addition, we can perform Solat Taubat and Solat Hajat to seek His Guidance.
2-   Calm Down - Panic will only make your situation worse. If you panic, take deep breaths and think that you can handle this.
3-   Quick Revision - Study the most important topics first. Review the notes and text books as well as focusing on the topics your teacher stressed repeatedly.
4-   Form a Study Group – You can find friends who are serious in their study and ask for helps. Avoid accepting those that will be of no help, and only distracting your whole group from studying.
5-  Ask for Teachers’ Help – If you are studying and happen to come across a part you cannot understand, write it down. Ask your teacher during class or during office hours.
6-   Make a Study Plan – Manage your time effectively to study all subjects before and during examination week. Remember this, ‘if you fail to plan, you plan to fail’.
7-  Practice Exam Papers – Get ready for the exams by practicing the sample questions and knowing what to expect during examination day.
8-   Eat Properly – Good nutrition is vital for optimal thinking.
9-   Get Enough Sleep – A good night’s sleep allows your mind and body to rest. Adequate sleep will help to stay healthy during examination week.
10-  Tawakkal – Put high effort to achieve our goals, and leave the results to Allah Taala because only He knows the best.

We hope you enjoy trying our tips and very much hope you feel the benefits. Thank you very much and GOOD LUCK!!!

MERAIKAN PELAJAR-PELAJAR HAFAZAN TERBANYAK

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Pada 9 Mac 2017 (Khamis), para pelajar diminta berkumpul di surau Maahad Tahfiz Al-Iman pada jam 8.00 pagi. 10 orang pelajar dengan hafazan terbanyak telah dijemput untuk duduk bersama-sama barisan ustaz.

Pengerusi majlis, Ustaz Imran selaku guru tahfiz telah menjemput mudir, Ustaz Kamarudin untuk memberikan sepatah dua kata kepada pelajar. Pelajar-pelajar telah diingatkan bahawa tujuan utama datang belajar di sini adalah untuk menimba ilmu terutama sekali pendidikan tahfiz. Mudir juga mengumumkan bahawa 10 orang pelajar tersebut akan menghadiri jamuan makan di KFC pada sebelah petang nanti. Hal ini untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar lain untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu. Mudir juga telah menasihati pelajar-pelajar agar menjaga kebersihan diri dan asrama serta persekitaran Maahad Tahfiz Al-Iman.

Majlis diteruskan dengan ucapan ringkas dari Ustaz Imran. Ustaz Imran memberikan penekanan dalam pentingnya menghafaz Al-Quran untuk menjadi orang yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Majlis tamat pada 9.00 pagi. Para pelajar dikehendaki menghafaz Al-Quran sehingga waktu rehat pada 9.30 pagi. Manakala 10 orang pelajar iaitu Muhammad Yunus (Tingkatan 5), Muhammad Hafiz (Tingkatan 4), Muhammad Syukry (Tingkatan 4), Luqmanul Hakim (Tingkatan 3), Fahmi Imran (Tingkatan 3), Muhammad Syahid (Tingkatan 3), Muhammad Nor Iman (Tingkatan 2), Daniel Haikal (Tingkatan 2), Abu Sufian (Tingkatan 1) dan Adam (Tingkatan 1) telah dijemput untuk bergambar bersama barisan ustaz.

Jazakumullahu khairan kathiran.




LAWATAN DATO' HAJI REHAT BIN AHMAD

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

الحمدالله. Pada 8 Mac 2017 (Rabu) jam 10.00 pagi, Maahad Tahfiz Al-Iman telah menerima kunjungan dari pihak Dato' Haji Rehat bin Ahmad dan adiknya, En Normal bin Ahmad, seorang arkitek yang berjaya. Pengarah MTI, Ustaz Abdel Hamid Tahir Al-Umari dan Mudir, Ustaz Kamarudin Katimin telah menyambut kehadiran tetamu dengan mesra.

Lawatan pada kali ini adalah untuk meluluskan pembinaan bangunanan asrama 2 tingkat Maahad Tahfiz Al-Iman. Dato' Haji Rehat dan En. Normal telah diiring untuk melawat ke tapak pembinaan bangunan asrama tersebut selain mengadakan lawatan ringkas ke bangunan yang sedia ada.

Perbincangan tentang pembinaan dan struktur bangunan telah berlajan dengan baik antara kedua-dua belah pihak. In shaa Allah, pembinaan akan bermula secepat mungkin dan dijangka siap selewat-lewatnya pada pertengahan tahun 2018. Semoga usaha ini diberkati dan dirahmati Allah.

Monday 6 March 2017

ARCHERY SHORT COURSE

Reported by: Luqman, Iyaz Emir, Syafiq (Form 3, MTI)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

On March 4th 2017, our school organized an Archery Short Course at Maahad Tahfiz Al-Iman. At 0900 hours, all students were assembled beside the school's cafeteria while waiting for our invited coach, Mr. Nizam who is from the University Technology of Malaysia (UTM).  He is an ex-army officer of the Malaysian Armed Force.              

The programme started at 0930 hours soon after the arrival of Mr.  Nizam.  He briefed us on the techniques of  handling  the bow and arrow, which took quite a while.  Learning  archery is part of our sunnah. Not only that, horse riding and swimming are in fact also part of our sunnah.  He reminded us to be cautious of our safety and the safety of others.  We had 30 minutes break before resuming our activity.

At 1045 hours, we  resumed our archery practice.  We started by practicing our hand-grips technique on the  arrow and how to release it.  We also master the technique on how to hold the bow firmly.

We then warmed up with push ups and star jumps as ordered by Mr. Nizam. After warm-up session, our instructor did a few archery demonstrations for us to practice.

We were assigned to 6 groups in which 10 participants were allocated to each group.  We took turn to shoot the arrows towards the target.  After every one had a chance to shoot an arrow, we moved on to the second trial.   We were given 5 arrows each to shoot at the target.

The programme ended with the recitation of prayers by a Form 5 student named Ahmad Faisal.  We were dismissed at 1230 hours by our instructor. We felt very grateful on that day and hopefully we can develop our skills in archery in the next courses. We also would like to take this opportunity to thank our coach for his fruitful training.

Thank you very much.