Oleh: Joze Nayoan, Ahmad Eizmee Adha, Ahamd Faisal, Muhammad Farriez Eizat (Tingkatan 5, MTI)
Pada 28 Mac 2017 (Selasa), para pelajar Maahad Tahfiz Al-Iman telah berkumpul mengikut kumpulan di perkarangan Jabatan Laut Wilayah Selatan, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, Johor mengikut kumpulan untuk
diberi taklimat oleh mudir, Ustaz Kamarudin bin Katimin. Kami diarahkan untuk
mematuhi etika dan menjaga tingkah laku selama berada di sana. Setelah itu, kami
dijemput untuk memasuki dewan di dalam bangunan Jabatan Laut Wilayah Selatan. Kehadiran
kami disambut oleh beberapa pegawai di sana dengan penuh ramah mesra.
Sebagai pembukaan, Tuan Abdul Rahman telah memberi ucapan
aluan dan sedikit penerangan tentang peranan Jabatan Laut Wilayah Selatan. Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Shahbudin yang menerangkan, beberapa undang-undang
perkapalan yang perlu dipatuhi untuk para pelaut sama ada dalam negara atau
antarabagsa. Selepas itu, Tuan Shahbudin telah mengadakan soal jawab
tentang perkapalan kepada para pelajar dan juga para guru Maahad Tahfiz Al-Iman.
Setelah selesai sesi soal jawab, kami dijemput untuk melawat ke
kapal pengawal bagi Wilayah Selatan Johor untuk menunjukan beberapa fungsi
alatan yang ada di kapal tersebut. Terdapat 2 pegawai yang menjadi penunjuk
ajar kepada para pelajar Maahad Tahfiz Al-Iman yang mana mereka mengajar cara
untuk mengawal dan memandu kapal laut. Kami juga diberi kesempatan untuk melihat struktur kabin kapal dan juga di bahagian
enjin kapal.
Pada jam 4.40 petang kami berkumpul untuk bersiap sedia ke surau
Jabatan Laut Wilayah Selatan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim iaitu solat Asar secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Shahrul. Kami bertolak pulang ke Maahad Tahfiz Al-Iman sejurus selepas selesai solat.
Pada jam 6.30 petang, kami telah tiba di perkarangan Maahad Tahfiz Al-Iman. Kami berasa gembira kerana dapat mengunjungi ke
tempat-tempat yang belum pernah kami lawati dan menimba banyak ilmu pengetahuan
baru. Pada masa yang sama, kami juga berasa tidak puas untuk pergi ke tempat-tempat seperti ini. Kami berharap agar pihak Maahad Tahfiz Al-Iman akan menganjurkan lebih banyak lawatan-lawatan ke tempat-tempat yang menarik pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment