Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t
Pada setiap waktu persekolahan, ramai pelajar yang kerap mengantuk di dalam kelas. Salah satu faktor adalah disebabkan pelajar tidak berminat dengan mata pelajaran tertentu. Sekiranya pelajar tidur di dalam kelas, hal ini akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas terganggu.
Antara tips yang boleh diaplikasikan untuk menghilangkan rasa mengantuk di dalam kelas adalah seperti yang berikut:
Tips 1#
Pelajar digalakkan untuk tidur awal pada waktu malam. Sekiranya seseorang pelajar memperoleh tidur yang cukup, dia akan berasa segar di siang hari terutama sekali semasa proses P&P di dalam kelas.
Tips 2#
Pastikan pelajar mandi setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Badan akan menjadi sihat dan lebih segar bagi melakukan aktiviti-aktiviti harian di sekolah.
Tips 3#
Pelajar-pelajar boleh melakukan senaman ringan sewaktu proses P&P seperti melakukan pergerakan jari-jemari tangan dan kaki, menarik telinga sendiri, dan sebagainya.
Tips 4#
Pelajar perlu fokus dan cuba menanam rasa minat terhadap setiap mata pelajaran yang dipelajari.
Tips 5#
Pelajar digalakkan untuk mendengar penyampaian guru sambil menulis nota ringkas bagi mengurangkan rasa mengantuk semasa proses P&P dijalankan.
Tips 6#
Pelajar perlu memberi maklum balas semasa sesi soal jawab bersama guru.
Tips 7#
Memperbanyakkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar.
Tips 8#
Mencadangkan kepada guru untuk mengadakan aktiviti - aktiviti yang sesuai dengan P&P agar pelajar-pelajar dapat bergerak aktif dan sentiasa berfikir di dalam kelas. Contoh: Mengadakan pertandingan perdebatan, forum dan sebagainya.
Tips 9#
Sentiasa menjaga pemakanan harian. Jika kurang makan makanan yang berzat serta minum air masak, pelajar akan berasa cepat letih dan mudah mengantuk. Pastikan pelajar sentiasa mengambil pemakanan yang seimbang bagi memastikan badan cergas dan sihat.
Tips 10#
Berniat dan sentiasa berdoa kepada Allah Taala agar dipermudahkan urusan sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab dan tidak mengantuk di dalam kelas.
Akhir sekali, kita sewajarnya tidak tidur di dalam kelas supaya tidak ketinggalan berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca. Selamat mencuba dan selamat maju jaya!!!📚📚
No comments:
Post a Comment